Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita......
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2.. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat
pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc.....
Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.
............................................
Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua'lam..
.............................................................
Nilai Seorang wanita solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah.
Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik,mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.
Monday, October 19, 2009
Thursday, August 27, 2009
Sepi?...
Lama rasanya aku menyepikan diri dalaM penulisan blog ni.. sibuk sgt kot :p
hmm bnyk perubahan telah berlaku dalam kehidupan aku sekarang (alhamdulilah).. dari seorang yang masih mentah tidak tahu apa2, membesar menjadi anak yang berguna (insyaAllah) dan sekarang merupakan isteri kepada seseorang.. dan insyaAllah juga tidak lama aku akan menjadi ibu. terasa terlalu cepat perjalanan hidup aku sekarang ni, dan semakin banyak liku yang bakal aku tempuhi. semoga aku mampu mengharunginya..amin..
Perkara pertama yang aku lalui fasa pertama untuk menjadi seorang ibu ni hanya Allah sahaja yang tahu. mabuk yang aku alami tersangat2 menguji kesabaran aku... sehingga aku terPaksa di tahan di Emergency Wad di Hospital Putrajaya kerana alahan tersebut. Pengalaman ini adalah yang pertama kali aku lalui dalam hidup aku, yelah seumur hidup ni hanya melawat orang yang sakit di wad bukan diri sendiri. :p
Fasa kedua adalah saat2 aku mendaftarkan diri di Klinik Kesihatan Putrajaya sebagai ibu mengandung. masa itu adalah hari yang paling seronok untuk aku lalui, yelah pengalamn pertama kan, ge klinik amik darah, cek air kencing, cek gigi, timbang berat badan, tinggi ( semua ok cuma berat badan jea yang masalah sikit kurang dari 45kg) :P
Dan bulan RAMADHAN yang telah menjelama ini sekali lagi menguji diri aku... saat paling indah yang aku lalui sekarang sekiranya aku mampu menghabiskan satu hari puasa sahaja...itulah saat yang paling indah sekali... dan alhamdulilah aku mampu lakukannya semalam (26/8/09)...
SEMOGA AKU MAMPU LALUI SEMUA INI.. AMIN...

Tuesday, July 14, 2009
salah kah aku...
kdg2 aku terkifir adakah apa yg berlaku sekarang ini berpunca dari diri aku sendiri..
hidup aku sekarang seolah2 "tersepit" antara mereka2 yg aku syg..
aku sendiri keliru mana yg harus aku dahulukan dahulu.. mana yg wajib mana yg tidak..
entah lah .. mungkin ini dugaan bagi sebuah kehidupan yang baru aku lalui...
mungkin lambat laut perasaan "tersepit" ini akan hilang.. mungkin..
selagi aku mampu bertahan aku pertahankan tapi seandainya sudah sampai masa aku harus undurkan diri aku tak kan teragak2 untuk lakukannya.. kerana pengunduran aku itu punya sebab yang kukuh..hanya naluri aku sahaja yang tahu kenapa aku harus lakukan keputusan itu..
aku bkn cuba menidakkan takdir yang telah tertulis didalam hidup aku ini, tapi kadang2 aku sendiri merasakan setiap keputusan yg aku amibil seolah2 terlalu terburu2 sehungga menindas banyak pihak...
aku fikirkan aku akan berkongsi kehidupan ini dengan org yg memahami hidup aku yang terlalu bnyk pikulan tanngungjawab yang harus aku lunaskan selama mana aku hidup... rupanya persefahaman yang aku harapkan belum ku jumpa lagi....
benar kata HANI SURAYA "tiada seorang manusia pun didunia ini dilahirkan untuk memahami kita"...
aku harapa Tuhan temukan aku dengan kedamaian... dalam apa yg aku rasakan sekarang ini..

Friday, June 19, 2009
selesai sudah....
alhamdulilah... segalanya2 berjalan dengan lancar...
cuma sekarang aku harap perjalanan baru dalam hidup aku ni akan diberkati dan kekal sehingga akhir hayat. banyak benda yang perlu aku lalui. semoga aku mampu menghadapi setiap cabaran yang mendatang ini.
hari ni dah 3 minggu aku mengalami fasa baru dalam hidup aku ni, buat masa ini semuanya berjalan lancar dan aku harap selamanya2 begitu.. .
selagi inai masih merah dijari selagi itu aku digelar penggantin baru..
so enjoy ur life and become a good wife for ur hubby..... .
Siti Hajar Ruidah Bt Mohamad
&
Ahmad Izad B Yacop
Friday, May 8, 2009
Thursday, May 7, 2009
fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar
* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)